Monday 15 May 2017

Big Mouth Republic, Sungai Petani, Kedah

Kalau teringin nak makan western di Sungai Petani, mai lah ke Big Mouth Republic. Cafe ni terletak berdekatan tol Sungai Petani Selatan. Lokasinya berhadapan dengan pasaraya Parkson dan sederet dengan Kedai Kek Sejati Indah dan KFC Taman Sejati Indah.

Deko cafe nampak macam vintage or retro dengan cozy ambience. Cafe dua tingkat ni ada ruang terbuka di tingkat atas. Konsep meja solid wood dengan bench panjang menyediakan ruang makan yang selesa untuk pengunjung yang datang secara berkumpulan.

Big Mouth Republic bukan saja menawarkan makanan western, malah ada menu pelbagai seperti oriental cuisine & fusion gourmet. Pengunjung boleh pilih untuk order menu Regular atau Big Mouth. Bezanya adalah portion setiap hidangan. Portion untuk Big Mouth boleh dimakan oleh 3-4 orang depends on menu apa yang dipilih.


Menu pun retro or vintage ... 


Saya order Cowbow's Plate ... beef strips + sausage + chicken slices + eggs. 
Harga untuk Regular adalah RM12.00 dan Big Mouth is RM22.00.


Ini yang unik sikit, so far belum pernah jumpa sepanjang berada di Kedah ... Cola Kedah. 


Giant fruit juice pun ada dalam menu ... 


So overall, kunjungan kami ke Big Mouth Republic ok ok aje. Walaupun servis tidak berapa friendly, makanannya sedap dan tidak mengecewakan. 

Kalau anda suka untuk makan-makan dalam suasana cozy dan vintage, boleh lah ke sini.

Alamat:
Big Mouth Republic
Cafe Restaurant
C123 Lorong 10, Taman Sejati
Sejati Indah
08000 Sungai Petani

Masa:
Time: 3:00PM - 7:00 PM

No comments:

Post a Comment